Wednesday, 14 November 2012

Awal Muharam


Pada tahun ini, akhir tahun hijriah jatuh pada 29 Zulhijjah 1433H iaitu bersamaan 14 November 2012 (Rabu) dan 1 Muharram 1434H jatuh pada 15 November 2012 (Khamis). Jangan lupa membaca kedua-dua doa akhir tahun (1433H) dan doa awal tahun (1434H) ini supaya kita dilindungi daripada tipu daya syaitan dan semoga mendapat keampunan Allah SWT.. Insya Allah….Amin

Doa Akhir Tahun

Doa Akhir Tahun dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib

Dengan izin Allah, sesiapa yang membaca doa ini akan mendapat Perlindungan Allah SWT dari fitnah dan tipu daya syaitan serta mendapat setahun keampunan dosa yang lalu.


Bismillahirrahmanirrahim 

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad Sallallahu 'Alaihi Wasallam, ahli keluarga, dan sahabat-sahabatnya. 

Ya Allah, telah berlalu setahun dalam hidup kami. Sesungguhnya Engkau telah menganugerahkan kami nikmat-Mu yang tidak dapat kami menjangkau kehebatannya. Engkau telah memelihara kami daripada keburukan yang tidak mampu kami menolaknya. Kami telah melakukan dalam tahun tersebut perbuatan dan amalan yang Engkau Maha mengetahui baik dan buruknya. 

Ya Allah, sekiranya amalan tersebut bersesuaian dengan ketetapan-Mu, terimalah dan catatkannya sebagai amalan soleh kami di sisi-Mu. Dan sekiranya amalan tersebut berbaur dengan sifat riya', ujub, dan menunjuk-nunjuk atau kami lakukan perilaku dosa, kesalahan dan keinginan yang buruk, maka kami pohon pengampunan-Mu dan tutupilah segala keaiban dan kesalahan. Kurniakanlah ke atas kami kelebihan dan keluasan sifat pemurah-Mu. Itulah kemuncak permintaan dan doa kami. 

Ya Allah, sesungguhnya telah datang kepada kami tahun baru setelah kami meninggalkan tahun ini sebentar nanti, kami tidak tahu apakah yang terkandung dalam pengetahuan-Mu mengenai diri kami. Kami jahil ke mana arahnya penghidupan kami di alam maya ini. Harapan kami agar Engkau membuka lembaran tahun baru ini pintu taubat yang jujur dan tulus untuk kami, yang tidak berakhir dengan kekufuran dan kesesatan. Dan Engkau kurniakan taufiq kepada kami pada tahun ini untuk melakukan amalan-amalan soleh yang Engkau redai, kehidupan yang murni yang Engkau rahmati. 

Ya Allah, peliharalah anggota kami agar melakukan ketaatan kepada-Mu. Peliharalah hati kami agar dipenuhi dengan kecintaan. Lapangkan hati kami agar dapat kami mendekati-Mu seperti mana Engkau telah lapangkan hati hamba-hamba-Mu yang soleh. Jadikan kami di antara orang-orang yang menepati janji dalam menjalankan hak. Jadikan kehidupan kami sebagai saksi yang benar terhadap setiap amalan seperti mana yang Engkau syariatkan kepada kami, Wahai Tuhan Yang Maha Pemurah, Yang Maha Penganugerah.


Doa Awal Tahun

Doa Awal Tahun dibaca 3 kali selepas maghrib pada malam 1 Muharram 1433.

Barangsiapa membaca doa ini sebanyak 3 kali selepas solat rowatib ba’diyyah Maghrib pada malam tanggal 1 Muharram, Allah akan memerintahkan 2 malaikat untuk melindunginya daripada fitnah dan tipu daya syaitan selama setahun yang mendatang.


Bismillahirrahmanirrahim 

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad Sallallahu 'Alaihi Wasallam, ahli keluarga, dan sahabat-sahabatnya. 

Ya Allah, kami menadah tangan kepada-Mu pada waktu malam dan siang dalam keadaan kami bertawassul dengan nama-nama Mu, dalam keadaan kami mengharapkan gedung rahmat yang sarat di samping Mu. Dan dalam keadaan kami cinta sesungguhnya kepada-Mu dan cinta apa yang menghiasi kebesaran-Mu.

Ya Allah, Ya Rabbul Jalil. Dengan sunnah-Mu menjelang kini tahun baru yang telah Engkau tentukan mengikut qada dan qadar di Loh Mahfuz-Mu. Kami meredahnya di bawah Iradah dan Qudrat-Mu. Sebagai makhluk-Mu yang sentiasa mencari keredaan-Mu. Kehadiran tahun baru ini, memungkinkan kami menadah tangan memohon rahman-Mu, kami pertautkan permohonan kami sekental-kentalnya kepada Mu. Kami mengharap perdampingan taufik dan hidayah-Mu yang telah Engkau berikan kepada kami pada masa-masa yang lalu sepanjang usia kami. Engkau sempurnakan perlindungan dan pemberian-Mu yang begitu melimpah kepada kami. Jadikanlah diri kami, hati kami serta seluruh anggota badan kami jati kekuatan, sepertimana Engkau berikan kepada hamba-hamba Mu yang terpilih. Supaya kekuatan ini dapat kami gunakannya sebagai pelindung daripada segala kemungkaran, sama ada yang zahir atau yang batin. Dan dengannya kami dapat kelapangan pemikiran, keindahan kehidupan, kekuatan dalam keyakinan, ketetapan dalam pegangan agama, dan kebaikan untuk diri kami dan orang-orang sekitar kami. 

Ya Allah, hindarkan kami daripada segala yang merungsingkan, pemikiran yang membingungkan, pengalaman yang menyedihkan dan menyempitkan dada kami. Kurniakan kepada kami keselamatan dalam pemeliharaan-Mu yang dapat melindung kami dari sebarang kejahatan, keburukan dan kerunsingan. 

Ya Allah, rahmatilah permintaan kami, terimalah kepasrahan diri kami kepada-Mu, Wahai Penolong hamba yang meminta pertolongan, tolonglah kami. Wahai Pencegah kemusnahan, hindarilah kami dari kemusnahan dan keporak-perandaan. 

Ya Rahman Ya Rahim! Jadikanlah lipatan tahun baru ini pembuka bagi kejayaan, ketenangan yang menyeluruh untuk kami dan kaum Muslimin keseluruhannya memelihara agama-Mu. Hamparkan di dalamnya hamparan rahmat-Mu sepertimana Engkau berikan kepada hamba-hamba Mu yang terpilih. Rahmat yang dapat menghindarkan segala kepayahan dan kerunsingan. 

Ya Allah, kekalkanlah tahun-tahun yang akan datang dalam hidup kami dengan catatan kegembiraan, kebahagian dan kelapangan, supaya kami dapat rasakan dalam detik hidup kami kenikmatan yang ada padanya. 

Ya Allah, jadikanlah tahun yang akan datang, semulia-mulia tahun yang Engkau berkati ke atas kami. Jadikanlah kami orang yang paling bahagia bersama-Mu. 

Ya Allah, ampunkanlah segala kesalahan kami, dan terimalah kebaikan kami, berkatilah masa, waktu dan segala gerak-geri kami. Wassallalahu Ala Sayyidina Muhammad wa Ala Aalihi wa Sahbihi Wassalam.


Korang pasanglah azam untuk berhijrah ke arah kebaikan. Once kita ada niat, InsyaAllah akan dimudahkan. Semoga tahun ni lebih baik dari tahun sebelum sebelumnya... sama-sama kita berusaha..


Salam Maal Hijrah :)

Wednesday, 31 October 2012

UTHM

Assalamualaikum :)

Hye overyone! Sekarang aku dah sambung belajar, Bachelor in Construction Technology Management kat Universiti Tun Hussein Onn. daftar pada 22 September 2012 & yuran yang perlu dibayar ketika pendaftaran adalah RM2000. haha terkejut taw sebab tyme amik diploma kat UiTM dulu, yuran just RM400 je.. tapi Alhamduluillah, segalanya berjalan dengan lancar :)




Syukur, happy study kat sini..dapat kawan baru..yg paling happy sebab aku dapat drop 13 subjek! total pengecualian kredit adalah 31 jam kredit..hee semua org jeles ngn Nia cepat! so aku plan nak buat Degree 3 tahun & sambung Master setahun.. Semoga segala urusanku dipermudahkan oleh Nya.,.Amin..




Sunday, 30 September 2012

my opinion

‎~✿..Pada saya, biar dia SALAH SANGKA..
biar dia salah anggap, biar dia salah menduga..
biar dia tahu yang buruk, sebelum MENGHARAP yang baik-baik..

Jika dia IKHLAS, dia akan sedia MENERIMA kekurangan yang ada..
dari hanya mengharap yang baik dan sempurna..
apa guna menghabiskan MASA menunjukkan kebaikkan, 
bila dia tidak boleh menerima kelemahan dan kekurangan?

Biar dia tahu saya tidak pandai itu, saya tidak pandai ini..
biar dia tahu, saya mungkin tidak dapat memenuhi expectation dia yang tinggi melangit itu..
biar dia tahu, saya pernah punya MASA LALU..namun saya masih punya MASA HADAPAN..
biar dia tahu, biar dia buat keputusan supaya dia tidak rasa TERTIPU, supaya dia tidak menyesal kelak..
dan saya dengan keputusan saya✿~

Monday, 13 August 2012

Ramadhan al-mubarak

'ku mengharapkan Ramadhan kali ini penuh makna..agar dapat ku lalui dengan sempurna..'




Alhamdulillah, aku memanjatkan kesyukuran kerana masih lagi berkesempatan menemui Ramadhan pada tahun ini. lebih-lebih lagi dapat menyambutnya dengan keluarga tercinta merupakan nikmat yang tak ternilai..Hari ini dah masuk malam 10 terakhir Ramadhan..semua umat Islam pasti terkejar-kejar mahu mencari rahmat malam Lailatul Qadar..semoga kita semua berkesempatan untuk menemui malam yang penuh istimewa ini..




Sepanjang bulan Ramadhan ini, aku masih lagi menjadi baby sitter..si kembar dah semakin membesar dan semakin lincah.penat betul nak jaga..tapi, mereka berdua inilah yang memeriahkan suasana rumahku pada setiap hari..

tengok tu,dah pandai naik turun walkie sendiri.hehe

Selain menjadi baby sitter, aku juga rajin tolong akak aku buat kuih raya. berbisness kecil-kecilan.. Antaranya ialah biskut Almond London, biskut Chocolate Chip, biskut Chocolate Rose, Cornflakes Madu dan Cornflakes Coklat.. Semuanya dijual dengan harga yang sangat murah. Alhamdulillah, banyak tempahan nampaknya. Lenguh-lenguh badan aku buat kuih raya..hehe

Almond London : RM19 (55pcs)

Chocolate Chip Cookies : RM17 (55pcs)

Chocolate Rose

Cornflakes Coklat : RM12 (42pcs)

Cornflakes Madu : RM12 (42pcs)

Selamat Menyambut Bulan Ramadhan Al-Mubarak. Semoga kita semua dilimpahkan rahmat di bulan yang mulia ini..jumpa lagi di entry yang akan datang. Salam Ramadhan :)

-NIA-

Monday, 16 July 2012

degree oh degree

13 Julai 2012, keputusan permohonan UPU untuk menyambung pengajian ke peringkat Ijazah telah pun diumumkan..so dengan rasa excited dan berdebar-debar, aku pun menyemak keputusan permohonan UPU tersebut.

 jeng jeng jeng!!




Dukacita dimaklumkan bahawa anda TIDAK BERJAYA dalam permohonan ke IPTA bagi sesi akademik 2012/2013. 

phew..tu dia...

perasaan = HAMPA
 perasaan = KECEWA
    perasaan = NAK NANGIS!




Tapi dalam kekecewaan itu, aku redha dan bersyukur..mungkin ada hikmah disebalik yang berlaku..rakan-rakan sekeliling ada yang berjaya, ada juga yang senasib dengan aku..takpe syg, this is not the end our journey. move on!!

So aku pula berpaling kepada keputusan penerapan UiTM peringkat Ijazah. lagi 2 hari result akan diumumkan..aku dah tak berharap sangat..sebab aku tahu, peluang aku amat tipis sebab persaingan amat sengit..aku hanya mampu berdoa & tawakal kepada Nya..

16 Julai 2012, hari yang dinantikan telah pun tiba..

jong jong jong!! 

Keputusan permohonan : 

Harap Maaf Permohonan Anda TIDAK BERJAYA

Bagi calon yang tidak berjaya, rayuan boleh dibuat bermula 16 Julai hingga 22 Julai 2012.

haaaa agak dah..mak!!nurul tak dapat sambung degree!!huuu sedih nya..punah segala harapan..nak sangat sambung degree..sebab aku nak belajar betul-betul, nak tebus balik kesilapan aku tyme diploma dulu..huhu tak apalah..nak buat macam mana..belum ada rezeki untuk kali ini..rayuan sudah dibuat, kalau tak dapat pun tak apalah, cuba mohon lagi tahun depan.. :')




Ramai gila membe-membe aku yang tak dapat sambung program penerapan ni, even result diorang gempak-gempak. hari tu lecturer cakap syarat kelayakan, cgpa 3.2 ke atas dah boleh sambung. tapi sekarang, hanya yang CGPA 3.4 ke atas sahaja yang berjaya melanjutkan pelajaran ke peringkat Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Awam. dah hot sangat course ni, dunia makin maju..semua orang berkejar-kejar..mana yang tertinggal tu memang ketinggalan lah..huhu

So plan aku lepas ni nak tunggu keputusan rayuan..kalau tak dapat, aku kerja dulu..cari jelah kerja mana-mana, cari pengalaman..

Semoga dimurahkan rezeki & semoga segala urusanku dipermudahkan oleh Nya. Amin.. 



Tuesday, 3 July 2012

birthday boy



Have a date with him. dah seminggu birthday, baru nak sambut hari nie.haha.. sangat seronok, teman si dia beli spec baru, makan pizza, tengok wayang & jalan-jalan. tak dapat spent more sebab hari pun dah nak hujan.

As a gift from me, aku kasi dia aku satu set perfume, jersi bola, ole-ole dari Kelantan, buku nota yg memuatkan kisah kami dan kek chocolate moist. kek ni aku buat sendiri taw! si dia cakap 'sedap!'. hihi. love this moment. :P


belajar buat kek choc moist.nyum2



Sunday, 1 July 2012

1 year 3 month


hari-hari berlalu 
terlalu banyak memori di situ.
teruskan berjalan
jangan mudah melatah sayang..

segala yang berlaku ada hikmahnya
semoga bukan takat ini saja
kekuatan yang diberikan kepada kita
untuk menempuh hari-hari mendatang..

aku sentiasa berdoa yang terbaik
untuk perhubungan ini..

Sunday, 24 June 2012

aku yang kian mengalah


kalau awak benar-benar sayang
jangan biarkan dia sebegitu
awak tahu kalau dia sudah cinta
dia akan setia sehebatnya
tapi jaga-jaga
hati dia juga terluka
hargailah selagi dia masih cinta

setia dia menanti dikala awak sedang sibuk
memahami, kesabaran dan kesetiaan diluahkan 
namun setelah awak lapang
adakah dia yang awak cari
sudah lama dia menanti
saat saat indah kembali
rindu dia yang membuak kian melimpah

permulaannya sahaja awak bersungguh
sampai satu waktu
sungguh itu kian menyorok
nak teruskan pun dia kian ragu
masa depan dia mungkin di tangan awak
tak sedarkah itu?

ego itu perlu
tapi sebaiknya di posisi yang betul
menggunakan masa setepatnya
dan bukan bila perlu sahaja awak cari dia mati matian
namun bila tenang dia awak lupakan
dia bukan manusia yang punya hati jadian
hati dia jujur ikhlas tulus

jangan bikin semuanya redup
setelah sebelumnya gian bersungguh
nah, ini namanya lelaki
bila sudah mempunyai status yang melegakan
dia akan mula lepak bersandar
seperti si gadis itu sudah miliknya

celik
tolong jangan leka
ini bukan permainan
ini namanya gerak geri yang sedang diperhati
ikhlaskan kesungguhan
demi Tuhan

cukup memori sebelumnya dia dikecewakan
jangan ditambah helaian memori pahit itu
hal yang mudah jangan diambil dengan serabai
terima dia apa adanya dia
tak perlu diubah jika jujur menyayangi
melainkan berubah ke arah Ilahi
itu lebih bermakna

jangan datangi dia dengan cara begini
dia cukup kecewa
tolong jangan bersikap seperti mereka yang dahulunya
cukup dia kecewa sehampanya kerana mereka
jangan biarkan kecewa itu wujud lagi

jenis dia
yang gemar dihargai
hatinya kata kalau sayang jangan malu tunjukkan
sebelum segalanya kian memakan masa
kian menuju kelewatan
dan waktu itu yang awak akan terima 
hanya sia sia
dan segalanya tidak akan jadi nyata

sesungguhnya dia sudah cinta dengan awak
sejak dari awal perkenalan lagi
betul kata orang
berkawan lagi baik dari berkasih
kerana ikatan persahabatan tak akan putus
seandainya tak dapat memiliki awak
cukuplah hanya awak sentiasa disisi

dia cuba ikut rentak awak
dia sudah pun memahami awak sepenuhnya
bercinta tak salah seandainya masih di atas landasan
apa benar ini cara awak hargai perempuan?
sebegitu caranya?

masih belum terlambat
hargailah dia selagi dia masih cinta
genggamlah dia sebelum dia menjauh
jangan biarkan hatinya menjadi tawar
hanya kerana kelekaanmu

_dari si hati yang semakin mengecil_

*cp

Saturday, 23 June 2012

Happy Birthday Mr. Y!


The clock already strikes 12
23rd June finally arrived
Let me take the opportunity
to let you know that you
have grown a year more..

Happy Birthday dear!
Hope your 21st birthday is as special as you are..
love you ^_^

Wednesday, 20 June 2012

wanita idaman



Jika wanita cantik yang dicari, ia bukan saya.
Jika wanita ayu yang dicari, ia bukan saya.
Jika wanita kaya yang dicari, ia bukan saya.
Jika wanita berpurdah yang dicari, ia juga bukan saya.
TETAPI, Jika wanita yang ingin dibimbing, ia adalah saya .
Bimbing dan berilah ilmu agama pada saya :')

Monday, 18 June 2012

a song for you


When you try your best but you don't succeed
When you get what you want but not what you need
When you feel so tired but you cant sleep
Stuck in reverse

And the tears come streaming down your face
When you lose something you can't replace
When you love someone but it goes to waste
Could it be worse?

* Lights will guide you home
And ignite your bones
AND I WILL TRY TO FIX YOU

And high up above or down below
When you're too in love to let it go
But if you never try, you'll never know
Just what you're worth


Tears stream down your face
When you lose something you cannot replace
Tears stream down your face
And i..

*

Thursday, 14 June 2012

baby ku sayangg


kena kurung dalam penjara.haha
Yeah..dah dapat balik title penganggur terhormat. aq dah tak kerja kat kedai kek tu lagi dah..reason? sebab aq nak tolong mak kat rumah, jaga kembar yg semakin nakal & lincah tu..hehe.. kembalilah aq menjadi baby sitter..

p/s : Nurul, pasni jangan nak ngadu bosan lagi ok. just enjoy your work, enjoy your love, enjoy your life..

terlintas difikiran

Dalam busy2 dia study..sempat jugak dia ingat kat aku..walaupun dengan satu mesej simple, dah membuatkan aku tersenyum simpul..hehe.

actually risau sangat dgn keadaan dia sekarang..dengan paper yg berderet-deret plus sibuk nak settlekan design project lagi. huu hope sangat dia kuat utk tempuh dan habiskan semester ni dengan jayanya..

All the best dear..nurul hanya mampu titipkan doa je..kamu jangan sedih kalau tak dapat jawab ke ape ke...dah usaha kan, banyak-banyak berdoa dan tawakal..Allah kan ada :)

Wednesday, 13 June 2012

stalker

satu-satu aku membelek..
baris-baris ayat..
antara kau dan dia..
walaupun hanya ayat biasa..
sudah cukup menggetarkan jiwa..
mungkin kerana kasih sayang ku yang menebal..
buat aku sedikit kesal..

aku memang suka..
sakitkan hati sendiri..
buat apa aku baca mesej-mesej lama si dia..
yang hanya buat aku sakit..
itu hanya kisah silam..
kenangan yg tak dapat dipadamkan..
dia tidak pernah mengungkit..
tetapi aku yg mencari penyakit..
sakit hati & cemburu ku tanggung sendiri..
padan muka untuk hati ini....

pandanglah ke hadapan..
kini dia milikku..
jangan dipertikai kisah silam nya..
kerana aku adalah masa hadapannya... 
jika...dengan izin Allah..

kepercayaan dan kesetiaan aku pertaruhkan..
semoga kekal buat selamanya...

Saturday, 9 June 2012

Ujian

Wargh, penatnya hari ni! kerja seperti biasa, tapi hari ini aku kena kerja overtime. huh penat sangat...dah la baru baik demam, dah kena kerja lebih masa..hehe tak baik mengeluh kan..ish2.. hari ini kena kerja overtime sebab ade senior kat tempat kerja tuh tak sehat. so aku kena ganti tempat dia..takpelah, kalau OT, gaji pun dapat lebih..wink2

Semalam aku muntah-muntah tyme kerja, lebih dua kali jugak la. muka aku dah pucat giler. nak MC tapi alang2 dah nak balik mase tu, tahan jela kejap. balik tu aku terus nangis..sebab perut aku sakit sgt, badan pun dah lemah..sempat jugak aku mengadu kat si dia.hehe

Syg sy tu tengah busy study..musin FINAL ni hope dia tak stress dan tabah berusaha. ingat trademark semangat kita, FIGHTING!, TING! TING! TING!. hehe. kalau otak dah penuh, pergi hentak kepala kat dinding keyh. biar Mr. Star tu gelakkan. ^_^
all the best yassin. ily <3

Sunday, 3 June 2012

Lovely Cakes

sebelum pergi kerja, rembat baby dalam walkie dulu.. :)
Dua tiga hari ni aku happy ngn kehidupan aku..tiada masalah & aku amat hargai setiap saat yg aku lalui..bangun pagi terus bersiap-siap utk pergi kerja setelah selesai kemas rumah..ya, aku sekarang sudah bekerjaya!hehe kerja kat kedai kek 'Secret Bakers Ayubelyna' yg terletak kira-kira 3km dari rumah aku..aku hanya pekerja sementara di situ kerana tyme school holiday ni, demand kek sangat tinggi lebih-lebih lagi utk majlis wedding :)
fuh penat tak terkira,customer memang ramai. macam-macam gelagat aku jumpa. seronok jugak sebab aku dapat timba banyak pengalaman. credit to my sister yg banyak membantu sepanjang tempoh aku bekerja di sini..
Tiramisu cake
Tugas utama aku adalah layan customer. kalo customer takde, aku buat lah ape yg patot seperti kemas kedai, update barang2 yg nak habis stock dan basuh loyang. aku jugak diajar buat bahan kek seperti butter cream, coklat moist dan lain-lain. Plus, aku adalah pembuat ice blended yg sgt hensem. sedap wooo rugi tak cuba!hehe..kami para pekerja diberi rehat selama satu jam.tak kisah laa nak rehat pukul berapa pun, tapi sejam aje okay. nasib baik kedai kek ni dikira complete siap ade toilet dan surau.. bolehlah kami menunaikan kewajipan walaupun sibuk bekerja..
kena dera?
Setelah 10 jam bekerja, barulah kami pulang ke rumah. balik-balik je rasa nak pengsan!haha itu masa mula-mula kerja la..sekarang dah okay dah, bak kata orang 'alah bisa tegal biasa'. tapi perkataan wajib yang keluar dari mulut aku adakah 'mak!!rindu kat mak'. then aku dan mak akan borak-borak especially tentang kembar..waa rindu dekat mereka :(

setelah selesai solat isyak dan dinner, aku online sekejap setakat jeling-jeling facebook dan twitter.buhsan buhsan..tapi ada satu mase yang tak bosan adalah midnyte! tyme ni aku dan si dia akan calling2 borak2 sampai ngantuk...hehe..
buat masa ni, camni jelah lyfecycle aku untuk sehari. semoga hari ini belih baik dari semalam dan esok lebih baik dari hari ini..wassalam
selamat malam si jantung hati <3


Saturday, 2 June 2012

you smile, i smile


Alhamdulillah, happy sangat. hubungan aku dan si dia dah kembali pulih..'RILEX SUDAH'.haha sengal mok.lepas ni kalau ade masalah lagi, kita story mory & sharing maring keyh. takmo simpan sorang-sorang, t meletup kepala. :)

Gudluck study, Jaga diri, Jaga iman dan Jaga hati <3
love you always!!!

Thursday, 31 May 2012

aku takut akan kehilangan


Assalamualaikum pembuka bicara..

Dah lama rasanya tak update blog..tangan ni pun dah rindu nak menari-nari atas keyboard.malam ni aku terasa sangatlah busan, on off facebook pun boring, nak tengok movie tapi takde selera..so barulah aku jeling-jeling nak dating ngan blog ni jap.disebabkan blog aku ni private, aku nak share sumting kat sini..sbg luahan perasaan ape yg ade difikiran..

'Malam yg sepi,dengan titisan air hujan mebasahi bumbung rumah, aku mengadap lappy sorang-sorang sambil ditemani perasaan yang bercampur baur.. sebenarnya, aku rindu akan seseorang..seseorang yg jauh dimata, tapi sentiasa dekat dihati.. apa khabar agaknya dia disana.sihatkah? dah makankah? dia ingat kat aku tak? aku tak tahu,sebab kami lansung tak berhubung seharian..dan seharusnya aku perlu memahami yg dia sangat sibuk sekarang utk menyiapkan design projek yg akan submit minggu depan..sempat kah?btw,GUDLUCK syg..aku hanya mampu berdoa dari kejauhan..

Hurm lately, relationship kami agak complicated..setiap mase aku dok fikir ttg benda ni..tapi aku tak mampu selesaikannya..bak kata si dia, biarlah masa yg menentukan segalanya..aku akur sbb kami dah pun berbincang.. mungkin jenis aku yg tak berapa nak amik port ttg masalah yg kecil2, membuatkan si dia tak selesa..sebab, dari masalah yg kecil itulah boleh melahirkan masalah yg besar..ouh nurul,you need to change your mindset.you need to change your style.tapi camne?aku selesa camni. hanya mampu memaafkan. kalau boleh, aku nak happykan semua orang.tapi aku bukan badut.aku juga punya perasaan..

Satu malam,kami berbicang..apakah yang terbaik utk hubungan ini?adakah mahu diteruskan atau pun mahu kalah pada keadaan.masing-masing terdiam.tak mampu mengungkapkan kata-kata perpisahan sbb aku yakin, kami masih cinta akan satu sama lain..cuma keadaan memaksa kami.tapi aku yakin dengan pepatah ni, "PEOPLE WHO TRULY LOVE YOU WILL ALWAYS CHOOSE TO STAY"..tapi sayang, aku bingung.. adakah aku yg menyebabkan kamu jatuh? adakah aku yg menyebabkan kamu leka? kalau betul aku mohon maaf..dan aku mohon, kamu tinggalkanlah aku.. bukan sebab aku tak cintakan kamu, tapi sebab aku nak tolong kamu..aku tak nak kamu terus jatuh dan abaikan cita-cita kamu..dan aku akan cuba yg terbaik utk hubungan ni...

Tiada yg terlepas menghadapi dugaan dari-Nya. dan Allah hanya menguji hambanya yg mampu memikul ujian tersebut..aku harap sangat kami terus kuat..semoga hubungan kami jauh dari godaan syaitan..aku selalu berdoa,kalau betul kamu adalah jodohku, dekatkanlah hati kita..semoga kamu adalah imam kepadaku & anak-anak kita, membimbing kami ke jalan yg diredhai-Nya..amin..'

Tulis blog ni sambil layan lagu Tentang Rasa by Astrid.nak nangis je rasa..hue..sampai sini jelah luahan hatiku..nanti ade masa aku story mory lagi k..nyte2 :)


complicated


Sometimes..
when people decide to leave you for good, you have to let them.
No matter how much you don't want them to, there are some things that are far beyond our control..

And even if you have the strength to fight for them,
you have to accept the cold, harsh truth
'That the people you can't live without, can live without you..'

Saturday, 12 May 2012

belajar masak

nampaknya mulai sekarang aq kena belajar masak. si dia dah kasi signal, aq kena pandai masak menu kesukaan dia, iaitu :
- soto + sup tulang
- tomyam (ada ayam,udang,sotong,jagung,bunga kobis)
- sambal ikan bilis
 hue senang jer..jangan risau lah. hopefully bila dah kawin, aq dah master masak2 ni..insyaAllah..

RESEPI 1 : SOTO + SUP TULANG


Bahan:
1 kg tulang lembu (lebih sedap jika digunakan tulang rusuk)
3 biji bawang merah – dimayang halus
1 ulas bawang putih – dimayang halus
2 in halia diketuk
1 rempah sup bunjut@3 sudu besar rempah sup serbuk
1 1/2 sudu besar lada hitam – ditumbuk
3 biji ubi kentang
garam dan gula secukup rasa
1 btg celery jika suka
1 kiub pati ayam
air secukupnya
bawang goreng dan daun sup
bahan penumis :
5 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
1 btg kulit kayu manis
1 kuntum bunga lawang
Cara-cara
Bersihkan tulang dan masukkan kedalam periuk bersama air. Sukatan air mestilah sekali ganda lebih dari paras tulang. Masaklah sehingga daging 1/2 empuk. Jgn buka api terlalu kuat kerana ini akan menyebabkan daging di tulang akan menjadi keras dan liat. Sebaiknya gunakan api yg sederhana shj. Masukkan sedikit garam supaya isi daging menjadi lebih sedap.
Ceduk keluar bhg. berminyak yg terdapat dipermukaan air rebusan tulang tersebut. Biarkan sehingga ia sejuk dan masukkan kedalam peti ais. Akan terdapat satu lapisan membeku dibhg atasnya dan bolehlah dibuang, manakala air rebusan yg dibahagian bawah itu dimasukkan kembali kedalam air rebusan tulang. Kaedah ini dapat menghalang mulut/bibir kita menjadi berminyak setelah makan sup tersebut. Kaedah ini juga boleh digunakan jika hendak memasak gulai tulang..
Masukkan rempah sup bunjut/rempah sup serbuk, halia dan ubi kentang. Bolehlah ditambah air jika kuah kelihatan tidak mencukupi. Masukkan juga serbuk lada hitam dan kiub pati ayam.
Dalam kuali berasingan, panaskan sedikit minyak dan tumislah bahan penumis hingga wangi dan masukkan bawang merah dan bawang putih yg telah dimayang. Goreng sehingga bawang tersebut menjadi garing dan curahkan kesemuanya kedalam periuk rebusan tulang (termasuk minyak).
Masukkan celery jika ada dan masukkan garam dan gula mengikut cita rasa masing2. Masaklah sehingga ubi kentang dan daging empuk. (tulang memang tak leh empuk kan.. hehe)
Hidangkan ke dalam mangkuk dan taburlah bawang goreng dan daun sup.
RESEPI 2: TOMYAM CAMPUR

Resepi Tomyam Campur 
100g isi ayam  ( di potong kecil )
100g daging (di potong kecil)
10 ekor udang ( buang kulit dan kepala)
3 ekor sotong  ( potong bulat )
1 1/2 – 2 liter air stok ayam atau daging ( satu periuk sederhana )
3 batang serai
1 inci lengkuas ( dihiris)
1 paket cendawan tiram  (250 g)
10 biji cili padi ( di tumbuk )
1 biji tomato
2 labu bawang besar ( potong baji atau potong bulat )
2 sudu makan pes tomyam
1 kiub ayam/daging ( jika suka)
2 camca teh sos ikan ( sos nampla)
1 camca teh gula ( jika suka)
daun ketumbar secukupnya
3-4 helai daun limau purut
3-4  sudu besar air limau nipis ( ikut banyak mana kuah  anda)
Cara Penyediaan
1. Didihkan air stock ayam/daging dalam periuk.
2. Masukkan isi ayam dan daging . Masak sehingga daging dan ayam empuk.
3. Masukkan pes tomyam, udang, serai, lengkuas, daun limau purut, cili padi, cendawan dan bawang merah.
4. Biar mendidih masukkan stok ikan, gula, garam, jus limau, tomato dan daun ketumbar.
5. Angkat dan hidangkan.
RESEPI 3 : SAMBAL IKAN BILIS + TEMPE

Bahan-bahan

1 peket tempe

1 mangkuk ikan bilis yg dah dibersihkan

4 ulas cili..kalau suka pedas boleh tambah lagi 

sebiji bawang besar, potong bulat..saya guna bawang shallot sbb bawang besar dah abis

kicap manis..guna kicap lemak manis jalen pun boleh. 


cara-cara:

  1. goreng tempe dulu sampai kekuningan atau garing
  2. goreng ikan bilis pulak sampai garing..pastikan api jgn besar sangat nanti hangus xsedap... biar api kecil tapi selalu kacau dan balik-balikkan
  3. tumis bawang sampai layu dan terus masukkan cili...then masukkan tempe dan ikan bilis...
  4. kecilkan api, tuang kicap sesuka hati..kalau suka banyak letak banyak =)...
  5. kacau2 biar sebati dengan kicap.

Friday, 11 May 2012

pesanan buat kekasih

wahai bakal isteriku..

walaupun lelaki tidak sebaik mana,
tidak setampan mana,
tidak semewah mana, dan 
tidak sepandai mana..
tetapi hati lelaki tetap mahu mencari wanita sesempurna yang mungkin.
bagi lelaki ini, sudah cukup mahu mencari wanita solehah dan setia..
sesempurna wanita adalah rezeki baginya..



wahai bakal suamiku..

insyaAllah..
perempuan sentiasa mahu menjadi wanita terbaik sisi Allah..
menjadi wanita solehah adalah impian setiap perempuan..
perempuan juga sentiasa mengharapkan seseorang insan iaitu suami dapat membimbing & merubahnya kearah kebaikan..
semoga perempuan diberi hidayah & petunjuk utk menjadi wanita solehah & setia utk suaminya..




jangan berharap..


jangan harapkan sayang tu akan hadir…
jangan harap kasih tu akan muncul…
dan jangan pula kita berharap kasih sayang tu mencurah depan mata…
hanya kerana…
kita anggap diri kita ni terlalu istimewa…
kita bangga dengan apa yang kita ada…
kita percaya yang kita adalah segalanya bagi mereka..
jangan pula kita taksub pada harta…
sentiasa ingat yang harta bukanlah segalanya…
itulah yang sepatutnya kita tanam dalam jiwa ..
bukan mengikut apa kehendak rasa..
jangan terlalu cepat mengalah..
tak kan selamanya hidup ini indah..
manusia mana yang tak ditimpa masalah…
yang penting kita ada Allah…
psssstttttt: syukur atas segala nikmatnya… <3