Thursday, 31 May 2012
aku takut akan kehilangan
Assalamualaikum pembuka bicara..
Dah lama rasanya tak update blog..tangan ni pun dah rindu nak menari-nari atas keyboard.malam ni aku terasa sangatlah busan, on off facebook pun boring, nak tengok movie tapi takde selera..so barulah aku jeling-jeling nak dating ngan blog ni jap.disebabkan blog aku ni private, aku nak share sumting kat sini..sbg luahan perasaan ape yg ade difikiran..
'Malam yg sepi,dengan titisan air hujan mebasahi bumbung rumah, aku mengadap lappy sorang-sorang sambil ditemani perasaan yang bercampur baur.. sebenarnya, aku rindu akan seseorang..seseorang yg jauh dimata, tapi sentiasa dekat dihati.. apa khabar agaknya dia disana.sihatkah? dah makankah? dia ingat kat aku tak? aku tak tahu,sebab kami lansung tak berhubung seharian..dan seharusnya aku perlu memahami yg dia sangat sibuk sekarang utk menyiapkan design projek yg akan submit minggu depan..sempat kah?btw,GUDLUCK syg..aku hanya mampu berdoa dari kejauhan..
Hurm lately, relationship kami agak complicated..setiap mase aku dok fikir ttg benda ni..tapi aku tak mampu selesaikannya..bak kata si dia, biarlah masa yg menentukan segalanya..aku akur sbb kami dah pun berbincang.. mungkin jenis aku yg tak berapa nak amik port ttg masalah yg kecil2, membuatkan si dia tak selesa..sebab, dari masalah yg kecil itulah boleh melahirkan masalah yg besar..ouh nurul,you need to change your mindset.you need to change your style.tapi camne?aku selesa camni. hanya mampu memaafkan. kalau boleh, aku nak happykan semua orang.tapi aku bukan badut.aku juga punya perasaan..
Satu malam,kami berbicang..apakah yang terbaik utk hubungan ini?adakah mahu diteruskan atau pun mahu kalah pada keadaan.masing-masing terdiam.tak mampu mengungkapkan kata-kata perpisahan sbb aku yakin, kami masih cinta akan satu sama lain..cuma keadaan memaksa kami.tapi aku yakin dengan pepatah ni, "PEOPLE WHO TRULY LOVE YOU WILL ALWAYS CHOOSE TO STAY"..tapi sayang, aku bingung.. adakah aku yg menyebabkan kamu jatuh? adakah aku yg menyebabkan kamu leka? kalau betul aku mohon maaf..dan aku mohon, kamu tinggalkanlah aku.. bukan sebab aku tak cintakan kamu, tapi sebab aku nak tolong kamu..aku tak nak kamu terus jatuh dan abaikan cita-cita kamu..dan aku akan cuba yg terbaik utk hubungan ni...
Tiada yg terlepas menghadapi dugaan dari-Nya. dan Allah hanya menguji hambanya yg mampu memikul ujian tersebut..aku harap sangat kami terus kuat..semoga hubungan kami jauh dari godaan syaitan..aku selalu berdoa,kalau betul kamu adalah jodohku, dekatkanlah hati kita..semoga kamu adalah imam kepadaku & anak-anak kita, membimbing kami ke jalan yg diredhai-Nya..amin..'
Tulis blog ni sambil layan lagu Tentang Rasa by Astrid.nak nangis je rasa..hue..sampai sini jelah luahan hatiku..nanti ade masa aku story mory lagi k..nyte2 :)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment