Sunday, 24 June 2012

aku yang kian mengalah


kalau awak benar-benar sayang
jangan biarkan dia sebegitu
awak tahu kalau dia sudah cinta
dia akan setia sehebatnya
tapi jaga-jaga
hati dia juga terluka
hargailah selagi dia masih cinta

setia dia menanti dikala awak sedang sibuk
memahami, kesabaran dan kesetiaan diluahkan 
namun setelah awak lapang
adakah dia yang awak cari
sudah lama dia menanti
saat saat indah kembali
rindu dia yang membuak kian melimpah

permulaannya sahaja awak bersungguh
sampai satu waktu
sungguh itu kian menyorok
nak teruskan pun dia kian ragu
masa depan dia mungkin di tangan awak
tak sedarkah itu?

ego itu perlu
tapi sebaiknya di posisi yang betul
menggunakan masa setepatnya
dan bukan bila perlu sahaja awak cari dia mati matian
namun bila tenang dia awak lupakan
dia bukan manusia yang punya hati jadian
hati dia jujur ikhlas tulus

jangan bikin semuanya redup
setelah sebelumnya gian bersungguh
nah, ini namanya lelaki
bila sudah mempunyai status yang melegakan
dia akan mula lepak bersandar
seperti si gadis itu sudah miliknya

celik
tolong jangan leka
ini bukan permainan
ini namanya gerak geri yang sedang diperhati
ikhlaskan kesungguhan
demi Tuhan

cukup memori sebelumnya dia dikecewakan
jangan ditambah helaian memori pahit itu
hal yang mudah jangan diambil dengan serabai
terima dia apa adanya dia
tak perlu diubah jika jujur menyayangi
melainkan berubah ke arah Ilahi
itu lebih bermakna

jangan datangi dia dengan cara begini
dia cukup kecewa
tolong jangan bersikap seperti mereka yang dahulunya
cukup dia kecewa sehampanya kerana mereka
jangan biarkan kecewa itu wujud lagi

jenis dia
yang gemar dihargai
hatinya kata kalau sayang jangan malu tunjukkan
sebelum segalanya kian memakan masa
kian menuju kelewatan
dan waktu itu yang awak akan terima 
hanya sia sia
dan segalanya tidak akan jadi nyata

sesungguhnya dia sudah cinta dengan awak
sejak dari awal perkenalan lagi
betul kata orang
berkawan lagi baik dari berkasih
kerana ikatan persahabatan tak akan putus
seandainya tak dapat memiliki awak
cukuplah hanya awak sentiasa disisi

dia cuba ikut rentak awak
dia sudah pun memahami awak sepenuhnya
bercinta tak salah seandainya masih di atas landasan
apa benar ini cara awak hargai perempuan?
sebegitu caranya?

masih belum terlambat
hargailah dia selagi dia masih cinta
genggamlah dia sebelum dia menjauh
jangan biarkan hatinya menjadi tawar
hanya kerana kelekaanmu

_dari si hati yang semakin mengecil_

*cp

No comments: