Thursday, 31 May 2012
aku takut akan kehilangan
Assalamualaikum pembuka bicara..
Dah lama rasanya tak update blog..tangan ni pun dah rindu nak menari-nari atas keyboard.malam ni aku terasa sangatlah busan, on off facebook pun boring, nak tengok movie tapi takde selera..so barulah aku jeling-jeling nak dating ngan blog ni jap.disebabkan blog aku ni private, aku nak share sumting kat sini..sbg luahan perasaan ape yg ade difikiran..
'Malam yg sepi,dengan titisan air hujan mebasahi bumbung rumah, aku mengadap lappy sorang-sorang sambil ditemani perasaan yang bercampur baur.. sebenarnya, aku rindu akan seseorang..seseorang yg jauh dimata, tapi sentiasa dekat dihati.. apa khabar agaknya dia disana.sihatkah? dah makankah? dia ingat kat aku tak? aku tak tahu,sebab kami lansung tak berhubung seharian..dan seharusnya aku perlu memahami yg dia sangat sibuk sekarang utk menyiapkan design projek yg akan submit minggu depan..sempat kah?btw,GUDLUCK syg..aku hanya mampu berdoa dari kejauhan..
Hurm lately, relationship kami agak complicated..setiap mase aku dok fikir ttg benda ni..tapi aku tak mampu selesaikannya..bak kata si dia, biarlah masa yg menentukan segalanya..aku akur sbb kami dah pun berbincang.. mungkin jenis aku yg tak berapa nak amik port ttg masalah yg kecil2, membuatkan si dia tak selesa..sebab, dari masalah yg kecil itulah boleh melahirkan masalah yg besar..ouh nurul,you need to change your mindset.you need to change your style.tapi camne?aku selesa camni. hanya mampu memaafkan. kalau boleh, aku nak happykan semua orang.tapi aku bukan badut.aku juga punya perasaan..
Satu malam,kami berbicang..apakah yang terbaik utk hubungan ini?adakah mahu diteruskan atau pun mahu kalah pada keadaan.masing-masing terdiam.tak mampu mengungkapkan kata-kata perpisahan sbb aku yakin, kami masih cinta akan satu sama lain..cuma keadaan memaksa kami.tapi aku yakin dengan pepatah ni, "PEOPLE WHO TRULY LOVE YOU WILL ALWAYS CHOOSE TO STAY"..tapi sayang, aku bingung.. adakah aku yg menyebabkan kamu jatuh? adakah aku yg menyebabkan kamu leka? kalau betul aku mohon maaf..dan aku mohon, kamu tinggalkanlah aku.. bukan sebab aku tak cintakan kamu, tapi sebab aku nak tolong kamu..aku tak nak kamu terus jatuh dan abaikan cita-cita kamu..dan aku akan cuba yg terbaik utk hubungan ni...
Tiada yg terlepas menghadapi dugaan dari-Nya. dan Allah hanya menguji hambanya yg mampu memikul ujian tersebut..aku harap sangat kami terus kuat..semoga hubungan kami jauh dari godaan syaitan..aku selalu berdoa,kalau betul kamu adalah jodohku, dekatkanlah hati kita..semoga kamu adalah imam kepadaku & anak-anak kita, membimbing kami ke jalan yg diredhai-Nya..amin..'
Tulis blog ni sambil layan lagu Tentang Rasa by Astrid.nak nangis je rasa..hue..sampai sini jelah luahan hatiku..nanti ade masa aku story mory lagi k..nyte2 :)
complicated
Sometimes..
when people decide to leave you for good, you have to let them.
No matter how much you don't want them to, there are some things that are far beyond our control..
And even if you have the strength to fight for them,
you have to accept the cold, harsh truth
'That the people you can't live without, can live without you..'
Saturday, 12 May 2012
belajar masak
nampaknya mulai sekarang aq kena belajar masak. si dia dah kasi signal, aq kena pandai masak menu kesukaan dia, iaitu :
- soto + sup tulang
- tomyam (ada ayam,udang,sotong,jagung,bunga kobis)
- sambal ikan bilis
hue senang jer..jangan risau lah. hopefully bila dah kawin, aq dah master masak2 ni..insyaAllah..
- soto + sup tulang
- tomyam (ada ayam,udang,sotong,jagung,bunga kobis)
- sambal ikan bilis
hue senang jer..jangan risau lah. hopefully bila dah kawin, aq dah master masak2 ni..insyaAllah..
RESEPI 1 : SOTO + SUP TULANG
Bahan:
1 kg tulang lembu (lebih sedap jika digunakan tulang rusuk)
3 biji bawang merah – dimayang halus
1 ulas bawang putih – dimayang halus
2 in halia diketuk
1 rempah sup bunjut@3 sudu besar rempah sup serbuk
1 1/2 sudu besar lada hitam – ditumbuk
3 biji ubi kentang
garam dan gula secukup rasa
1 btg celery jika suka
1 kiub pati ayam
air secukupnya
bawang goreng dan daun sup
bahan penumis :
5 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
1 btg kulit kayu manis
1 kuntum bunga lawang
Cara-cara
Bersihkan tulang dan masukkan kedalam periuk bersama air. Sukatan air mestilah sekali ganda lebih dari paras tulang. Masaklah sehingga daging 1/2 empuk. Jgn buka api terlalu kuat kerana ini akan menyebabkan daging di tulang akan menjadi keras dan liat. Sebaiknya gunakan api yg sederhana shj. Masukkan sedikit garam supaya isi daging menjadi lebih sedap.
Ceduk keluar bhg. berminyak yg terdapat dipermukaan air rebusan tulang tersebut. Biarkan sehingga ia sejuk dan masukkan kedalam peti ais. Akan terdapat satu lapisan membeku dibhg atasnya dan bolehlah dibuang, manakala air rebusan yg dibahagian bawah itu dimasukkan kembali kedalam air rebusan tulang. Kaedah ini dapat menghalang mulut/bibir kita menjadi berminyak setelah makan sup tersebut. Kaedah ini juga boleh digunakan jika hendak memasak gulai tulang..
Masukkan rempah sup bunjut/rempah sup serbuk, halia dan ubi kentang. Bolehlah ditambah air jika kuah kelihatan tidak mencukupi. Masukkan juga serbuk lada hitam dan kiub pati ayam.
Dalam kuali berasingan, panaskan sedikit minyak dan tumislah bahan penumis hingga wangi dan masukkan bawang merah dan bawang putih yg telah dimayang. Goreng sehingga bawang tersebut menjadi garing dan curahkan kesemuanya kedalam periuk rebusan tulang (termasuk minyak).
Masukkan celery jika ada dan masukkan garam dan gula mengikut cita rasa masing2. Masaklah sehingga ubi kentang dan daging empuk. (tulang memang tak leh empuk kan.. hehe)
Hidangkan ke dalam mangkuk dan taburlah bawang goreng dan daun sup.
RESEPI 2: TOMYAM CAMPUR
Resepi Tomyam Campur
100g isi ayam ( di potong kecil )
100g daging (di potong kecil)
10 ekor udang ( buang kulit dan kepala)
3 ekor sotong ( potong bulat )
1 1/2 – 2 liter air stok ayam atau daging ( satu periuk sederhana )
3 batang serai
1 inci lengkuas ( dihiris)
1 paket cendawan tiram (250 g)
10 biji cili padi ( di tumbuk )
1 biji tomato
2 labu bawang besar ( potong baji atau potong bulat )
2 sudu makan pes tomyam
1 kiub ayam/daging ( jika suka)
2 camca teh sos ikan ( sos nampla)
1 camca teh gula ( jika suka)
daun ketumbar secukupnya
3-4 helai daun limau purut
3-4 sudu besar air limau nipis ( ikut banyak mana kuah anda)
100g daging (di potong kecil)
10 ekor udang ( buang kulit dan kepala)
3 ekor sotong ( potong bulat )
1 1/2 – 2 liter air stok ayam atau daging ( satu periuk sederhana )
3 batang serai
1 inci lengkuas ( dihiris)
1 paket cendawan tiram (250 g)
10 biji cili padi ( di tumbuk )
1 biji tomato
2 labu bawang besar ( potong baji atau potong bulat )
2 sudu makan pes tomyam
1 kiub ayam/daging ( jika suka)
2 camca teh sos ikan ( sos nampla)
1 camca teh gula ( jika suka)
daun ketumbar secukupnya
3-4 helai daun limau purut
3-4 sudu besar air limau nipis ( ikut banyak mana kuah anda)
Cara Penyediaan
1. Didihkan air stock ayam/daging dalam periuk.
2. Masukkan isi ayam dan daging . Masak sehingga daging dan ayam empuk.
3. Masukkan pes tomyam, udang, serai, lengkuas, daun limau purut, cili padi, cendawan dan bawang merah.
4. Biar mendidih masukkan stok ikan, gula, garam, jus limau, tomato dan daun ketumbar.
5. Angkat dan hidangkan.
1. Didihkan air stock ayam/daging dalam periuk.
2. Masukkan isi ayam dan daging . Masak sehingga daging dan ayam empuk.
3. Masukkan pes tomyam, udang, serai, lengkuas, daun limau purut, cili padi, cendawan dan bawang merah.
4. Biar mendidih masukkan stok ikan, gula, garam, jus limau, tomato dan daun ketumbar.
5. Angkat dan hidangkan.
RESEPI 3 : SAMBAL IKAN BILIS + TEMPE
Bahan-bahan
1 peket tempe
1 mangkuk ikan bilis yg dah dibersihkan
4 ulas cili..kalau suka pedas boleh tambah lagi
sebiji bawang besar, potong bulat..saya guna bawang shallot sbb bawang besar dah abis
kicap manis..guna kicap lemak manis jalen pun boleh.
cara-cara:
- goreng tempe dulu sampai kekuningan atau garing
- goreng ikan bilis pulak sampai garing..pastikan api jgn besar sangat nanti hangus xsedap... biar api kecil tapi selalu kacau dan balik-balikkan
- tumis bawang sampai layu dan terus masukkan cili...then masukkan tempe dan ikan bilis...
- kecilkan api, tuang kicap sesuka hati..kalau suka banyak letak banyak =)...
- kacau2 biar sebati dengan kicap.
Friday, 11 May 2012
pesanan buat kekasih
wahai bakal isteriku..
walaupun lelaki tidak sebaik mana,
tidak setampan mana,
tidak semewah mana, dan
tidak sepandai mana..
tetapi hati lelaki tetap mahu mencari wanita sesempurna yang mungkin.
bagi lelaki ini, sudah cukup mahu mencari wanita solehah dan setia..
sesempurna wanita adalah rezeki baginya..
wahai bakal suamiku..
insyaAllah..
perempuan sentiasa mahu menjadi wanita terbaik sisi Allah..
menjadi wanita solehah adalah impian setiap perempuan..
perempuan juga sentiasa mengharapkan seseorang insan iaitu suami dapat membimbing & merubahnya kearah kebaikan..
semoga perempuan diberi hidayah & petunjuk utk menjadi wanita solehah & setia utk suaminya..
perempuan sentiasa mahu menjadi wanita terbaik sisi Allah..
menjadi wanita solehah adalah impian setiap perempuan..
perempuan juga sentiasa mengharapkan seseorang insan iaitu suami dapat membimbing & merubahnya kearah kebaikan..
semoga perempuan diberi hidayah & petunjuk utk menjadi wanita solehah & setia utk suaminya..
jangan berharap..
jangan harapkan sayang tu akan hadir…
jangan harap kasih tu akan muncul…
dan jangan pula kita berharap kasih sayang tu mencurah depan mata…
jangan harap kasih tu akan muncul…
dan jangan pula kita berharap kasih sayang tu mencurah depan mata…
hanya kerana…
kita anggap diri kita ni terlalu istimewa…
kita bangga dengan apa yang kita ada…
kita percaya yang kita adalah segalanya bagi mereka..
kita bangga dengan apa yang kita ada…
kita percaya yang kita adalah segalanya bagi mereka..
jangan pula kita taksub pada harta…
sentiasa ingat yang harta bukanlah segalanya…
itulah yang sepatutnya kita tanam dalam jiwa ..
bukan mengikut apa kehendak rasa..
sentiasa ingat yang harta bukanlah segalanya…
itulah yang sepatutnya kita tanam dalam jiwa ..
bukan mengikut apa kehendak rasa..
jangan terlalu cepat mengalah..
tak kan selamanya hidup ini indah..
manusia mana yang tak ditimpa masalah…
yang penting kita ada Allah…
tak kan selamanya hidup ini indah..
manusia mana yang tak ditimpa masalah…
yang penting kita ada Allah…
psssstttttt: syukur atas segala nikmatnya… <3
Tuesday, 1 May 2012
tragedi
macam biasa, aku jaga kembar dari pagi sampai petang..dalam pukul 2, family aku semua g Pekan Bahau utk selesaikan urusan bank.aku pun duduk lah rumah sorang2 sebab kena jaga babies ni...dalam pukul 4, aku dapat phone call dari kakak. dia cakap mereka terlibat dalam kemalangan kecil.. Astaghfirullah hal azim..risau aku dengar..tapi Alhamdulillah, semua selamat. cuma kereta je hancur bahagian depan kereta..
sebenarnya, weekend ni family aku plan nak g JB sebab ade wedding cazen..ingat nak pergi 2 kereta sebab kami semua ade 6 orang..tapi disebabkan tragedi ni, kami pergi satu kete jela...semoga perjalanan kami ke Johor Bharu selamat dan dilindungi...amin..
Subscribe to:
Posts (Atom)








