- soto + sup tulang
- tomyam (ada ayam,udang,sotong,jagung,bunga kobis)
- sambal ikan bilis
hue senang jer..jangan risau lah. hopefully bila dah kawin, aq dah master masak2 ni..insyaAllah..
RESEPI 1 : SOTO + SUP TULANG
Bahan:
1 kg tulang lembu (lebih sedap jika digunakan tulang rusuk)
3 biji bawang merah – dimayang halus
1 ulas bawang putih – dimayang halus
2 in halia diketuk
1 rempah sup bunjut@3 sudu besar rempah sup serbuk
1 1/2 sudu besar lada hitam – ditumbuk
3 biji ubi kentang
garam dan gula secukup rasa
1 btg celery jika suka
1 kiub pati ayam
air secukupnya
bawang goreng dan daun sup
bahan penumis :
5 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
1 btg kulit kayu manis
1 kuntum bunga lawang
Cara-cara
Bersihkan tulang dan masukkan kedalam periuk bersama air. Sukatan air mestilah sekali ganda lebih dari paras tulang. Masaklah sehingga daging 1/2 empuk. Jgn buka api terlalu kuat kerana ini akan menyebabkan daging di tulang akan menjadi keras dan liat. Sebaiknya gunakan api yg sederhana shj. Masukkan sedikit garam supaya isi daging menjadi lebih sedap.
Ceduk keluar bhg. berminyak yg terdapat dipermukaan air rebusan tulang tersebut. Biarkan sehingga ia sejuk dan masukkan kedalam peti ais. Akan terdapat satu lapisan membeku dibhg atasnya dan bolehlah dibuang, manakala air rebusan yg dibahagian bawah itu dimasukkan kembali kedalam air rebusan tulang. Kaedah ini dapat menghalang mulut/bibir kita menjadi berminyak setelah makan sup tersebut. Kaedah ini juga boleh digunakan jika hendak memasak gulai tulang..
Masukkan rempah sup bunjut/rempah sup serbuk, halia dan ubi kentang. Bolehlah ditambah air jika kuah kelihatan tidak mencukupi. Masukkan juga serbuk lada hitam dan kiub pati ayam.
Dalam kuali berasingan, panaskan sedikit minyak dan tumislah bahan penumis hingga wangi dan masukkan bawang merah dan bawang putih yg telah dimayang. Goreng sehingga bawang tersebut menjadi garing dan curahkan kesemuanya kedalam periuk rebusan tulang (termasuk minyak).
Masukkan celery jika ada dan masukkan garam dan gula mengikut cita rasa masing2. Masaklah sehingga ubi kentang dan daging empuk. (tulang memang tak leh empuk kan.. hehe)
Hidangkan ke dalam mangkuk dan taburlah bawang goreng dan daun sup.
RESEPI 2: TOMYAM CAMPUR
Resepi Tomyam Campur
100g isi ayam ( di potong kecil )
100g daging (di potong kecil)
10 ekor udang ( buang kulit dan kepala)
3 ekor sotong ( potong bulat )
1 1/2 – 2 liter air stok ayam atau daging ( satu periuk sederhana )
3 batang serai
1 inci lengkuas ( dihiris)
1 paket cendawan tiram (250 g)
10 biji cili padi ( di tumbuk )
1 biji tomato
2 labu bawang besar ( potong baji atau potong bulat )
2 sudu makan pes tomyam
1 kiub ayam/daging ( jika suka)
2 camca teh sos ikan ( sos nampla)
1 camca teh gula ( jika suka)
daun ketumbar secukupnya
3-4 helai daun limau purut
3-4 sudu besar air limau nipis ( ikut banyak mana kuah anda)
100g daging (di potong kecil)
10 ekor udang ( buang kulit dan kepala)
3 ekor sotong ( potong bulat )
1 1/2 – 2 liter air stok ayam atau daging ( satu periuk sederhana )
3 batang serai
1 inci lengkuas ( dihiris)
1 paket cendawan tiram (250 g)
10 biji cili padi ( di tumbuk )
1 biji tomato
2 labu bawang besar ( potong baji atau potong bulat )
2 sudu makan pes tomyam
1 kiub ayam/daging ( jika suka)
2 camca teh sos ikan ( sos nampla)
1 camca teh gula ( jika suka)
daun ketumbar secukupnya
3-4 helai daun limau purut
3-4 sudu besar air limau nipis ( ikut banyak mana kuah anda)
Cara Penyediaan
1. Didihkan air stock ayam/daging dalam periuk.
2. Masukkan isi ayam dan daging . Masak sehingga daging dan ayam empuk.
3. Masukkan pes tomyam, udang, serai, lengkuas, daun limau purut, cili padi, cendawan dan bawang merah.
4. Biar mendidih masukkan stok ikan, gula, garam, jus limau, tomato dan daun ketumbar.
5. Angkat dan hidangkan.
1. Didihkan air stock ayam/daging dalam periuk.
2. Masukkan isi ayam dan daging . Masak sehingga daging dan ayam empuk.
3. Masukkan pes tomyam, udang, serai, lengkuas, daun limau purut, cili padi, cendawan dan bawang merah.
4. Biar mendidih masukkan stok ikan, gula, garam, jus limau, tomato dan daun ketumbar.
5. Angkat dan hidangkan.
RESEPI 3 : SAMBAL IKAN BILIS + TEMPE
Bahan-bahan
1 peket tempe
1 mangkuk ikan bilis yg dah dibersihkan
4 ulas cili..kalau suka pedas boleh tambah lagi
sebiji bawang besar, potong bulat..saya guna bawang shallot sbb bawang besar dah abis
kicap manis..guna kicap lemak manis jalen pun boleh.
cara-cara:
- goreng tempe dulu sampai kekuningan atau garing
- goreng ikan bilis pulak sampai garing..pastikan api jgn besar sangat nanti hangus xsedap... biar api kecil tapi selalu kacau dan balik-balikkan
- tumis bawang sampai layu dan terus masukkan cili...then masukkan tempe dan ikan bilis...
- kecilkan api, tuang kicap sesuka hati..kalau suka banyak letak banyak =)...
- kacau2 biar sebati dengan kicap.



No comments:
Post a Comment