Wednesday, 28 August 2013

Riang Ria Raya!

Assalamualaikum...

sesungguhnya aku sangat rindu nak berceloteh dalam blog nih. tapi apakan daya, cuti sem kali ni tersangat lah sibuk.. bulan puasa aritu aku sibuk tolong akak aku buat biskut raya, dia baru nak start bisness..Alhamdulillah, banyak rezeki tahun ni, ramai betul yang oder berbalang-balang.. sampai malam raya pun kami masih sibuk buat biskut raya!haha

raya tahun 2013 ni agak meriah.. walaupun umur aku dah mencecah 22 tahun, tapi still berjaya kumpul duit raya tau.. siap leh simpan dalam bank lagi..haha nampak sangat kite nampak muda kan.. ni antara koleksi gambar raya tahun ini :D


1st raya : berbaju oren. hanya beraya di rumah menyambut tetamu



3rd Eid : jenjalan bersama family di Melaka

beraya bersama kawan2 SMTTJ



beraya bersama kawan2 serting


hari-hari hari raya.hee..semoga kita semua diberkati di bulan yang mulia ni..Amin..
alamak, ujan lak pulak..mata tetiba jadi ngantuk.hee nanti kite update lagi yer.. see u soon.. :)
 

Saturday, 29 June 2013

Cuti Sem Jun 2013





Assalamualaikum..

Dah lama sangat aku tak update blog nih. semakin berhabuk nampaknya. Sekarang aku sedang bercuti di rumah, cuti sem 2 bulan..hehe.. day by day kalau ada masa terluang, pastinya aku akan share moment sepanjang cuti ni ok. see you on next entry!




Wednesday, 14 November 2012

Awal Muharam


Pada tahun ini, akhir tahun hijriah jatuh pada 29 Zulhijjah 1433H iaitu bersamaan 14 November 2012 (Rabu) dan 1 Muharram 1434H jatuh pada 15 November 2012 (Khamis). Jangan lupa membaca kedua-dua doa akhir tahun (1433H) dan doa awal tahun (1434H) ini supaya kita dilindungi daripada tipu daya syaitan dan semoga mendapat keampunan Allah SWT.. Insya Allah….Amin

Doa Akhir Tahun

Doa Akhir Tahun dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib

Dengan izin Allah, sesiapa yang membaca doa ini akan mendapat Perlindungan Allah SWT dari fitnah dan tipu daya syaitan serta mendapat setahun keampunan dosa yang lalu.


Bismillahirrahmanirrahim 

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad Sallallahu 'Alaihi Wasallam, ahli keluarga, dan sahabat-sahabatnya. 

Ya Allah, telah berlalu setahun dalam hidup kami. Sesungguhnya Engkau telah menganugerahkan kami nikmat-Mu yang tidak dapat kami menjangkau kehebatannya. Engkau telah memelihara kami daripada keburukan yang tidak mampu kami menolaknya. Kami telah melakukan dalam tahun tersebut perbuatan dan amalan yang Engkau Maha mengetahui baik dan buruknya. 

Ya Allah, sekiranya amalan tersebut bersesuaian dengan ketetapan-Mu, terimalah dan catatkannya sebagai amalan soleh kami di sisi-Mu. Dan sekiranya amalan tersebut berbaur dengan sifat riya', ujub, dan menunjuk-nunjuk atau kami lakukan perilaku dosa, kesalahan dan keinginan yang buruk, maka kami pohon pengampunan-Mu dan tutupilah segala keaiban dan kesalahan. Kurniakanlah ke atas kami kelebihan dan keluasan sifat pemurah-Mu. Itulah kemuncak permintaan dan doa kami. 

Ya Allah, sesungguhnya telah datang kepada kami tahun baru setelah kami meninggalkan tahun ini sebentar nanti, kami tidak tahu apakah yang terkandung dalam pengetahuan-Mu mengenai diri kami. Kami jahil ke mana arahnya penghidupan kami di alam maya ini. Harapan kami agar Engkau membuka lembaran tahun baru ini pintu taubat yang jujur dan tulus untuk kami, yang tidak berakhir dengan kekufuran dan kesesatan. Dan Engkau kurniakan taufiq kepada kami pada tahun ini untuk melakukan amalan-amalan soleh yang Engkau redai, kehidupan yang murni yang Engkau rahmati. 

Ya Allah, peliharalah anggota kami agar melakukan ketaatan kepada-Mu. Peliharalah hati kami agar dipenuhi dengan kecintaan. Lapangkan hati kami agar dapat kami mendekati-Mu seperti mana Engkau telah lapangkan hati hamba-hamba-Mu yang soleh. Jadikan kami di antara orang-orang yang menepati janji dalam menjalankan hak. Jadikan kehidupan kami sebagai saksi yang benar terhadap setiap amalan seperti mana yang Engkau syariatkan kepada kami, Wahai Tuhan Yang Maha Pemurah, Yang Maha Penganugerah.


Doa Awal Tahun

Doa Awal Tahun dibaca 3 kali selepas maghrib pada malam 1 Muharram 1433.

Barangsiapa membaca doa ini sebanyak 3 kali selepas solat rowatib ba’diyyah Maghrib pada malam tanggal 1 Muharram, Allah akan memerintahkan 2 malaikat untuk melindunginya daripada fitnah dan tipu daya syaitan selama setahun yang mendatang.


Bismillahirrahmanirrahim 

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad Sallallahu 'Alaihi Wasallam, ahli keluarga, dan sahabat-sahabatnya. 

Ya Allah, kami menadah tangan kepada-Mu pada waktu malam dan siang dalam keadaan kami bertawassul dengan nama-nama Mu, dalam keadaan kami mengharapkan gedung rahmat yang sarat di samping Mu. Dan dalam keadaan kami cinta sesungguhnya kepada-Mu dan cinta apa yang menghiasi kebesaran-Mu.

Ya Allah, Ya Rabbul Jalil. Dengan sunnah-Mu menjelang kini tahun baru yang telah Engkau tentukan mengikut qada dan qadar di Loh Mahfuz-Mu. Kami meredahnya di bawah Iradah dan Qudrat-Mu. Sebagai makhluk-Mu yang sentiasa mencari keredaan-Mu. Kehadiran tahun baru ini, memungkinkan kami menadah tangan memohon rahman-Mu, kami pertautkan permohonan kami sekental-kentalnya kepada Mu. Kami mengharap perdampingan taufik dan hidayah-Mu yang telah Engkau berikan kepada kami pada masa-masa yang lalu sepanjang usia kami. Engkau sempurnakan perlindungan dan pemberian-Mu yang begitu melimpah kepada kami. Jadikanlah diri kami, hati kami serta seluruh anggota badan kami jati kekuatan, sepertimana Engkau berikan kepada hamba-hamba Mu yang terpilih. Supaya kekuatan ini dapat kami gunakannya sebagai pelindung daripada segala kemungkaran, sama ada yang zahir atau yang batin. Dan dengannya kami dapat kelapangan pemikiran, keindahan kehidupan, kekuatan dalam keyakinan, ketetapan dalam pegangan agama, dan kebaikan untuk diri kami dan orang-orang sekitar kami. 

Ya Allah, hindarkan kami daripada segala yang merungsingkan, pemikiran yang membingungkan, pengalaman yang menyedihkan dan menyempitkan dada kami. Kurniakan kepada kami keselamatan dalam pemeliharaan-Mu yang dapat melindung kami dari sebarang kejahatan, keburukan dan kerunsingan. 

Ya Allah, rahmatilah permintaan kami, terimalah kepasrahan diri kami kepada-Mu, Wahai Penolong hamba yang meminta pertolongan, tolonglah kami. Wahai Pencegah kemusnahan, hindarilah kami dari kemusnahan dan keporak-perandaan. 

Ya Rahman Ya Rahim! Jadikanlah lipatan tahun baru ini pembuka bagi kejayaan, ketenangan yang menyeluruh untuk kami dan kaum Muslimin keseluruhannya memelihara agama-Mu. Hamparkan di dalamnya hamparan rahmat-Mu sepertimana Engkau berikan kepada hamba-hamba Mu yang terpilih. Rahmat yang dapat menghindarkan segala kepayahan dan kerunsingan. 

Ya Allah, kekalkanlah tahun-tahun yang akan datang dalam hidup kami dengan catatan kegembiraan, kebahagian dan kelapangan, supaya kami dapat rasakan dalam detik hidup kami kenikmatan yang ada padanya. 

Ya Allah, jadikanlah tahun yang akan datang, semulia-mulia tahun yang Engkau berkati ke atas kami. Jadikanlah kami orang yang paling bahagia bersama-Mu. 

Ya Allah, ampunkanlah segala kesalahan kami, dan terimalah kebaikan kami, berkatilah masa, waktu dan segala gerak-geri kami. Wassallalahu Ala Sayyidina Muhammad wa Ala Aalihi wa Sahbihi Wassalam.


Korang pasanglah azam untuk berhijrah ke arah kebaikan. Once kita ada niat, InsyaAllah akan dimudahkan. Semoga tahun ni lebih baik dari tahun sebelum sebelumnya... sama-sama kita berusaha..


Salam Maal Hijrah :)

Wednesday, 31 October 2012

UTHM

Assalamualaikum :)

Hye overyone! Sekarang aku dah sambung belajar, Bachelor in Construction Technology Management kat Universiti Tun Hussein Onn. daftar pada 22 September 2012 & yuran yang perlu dibayar ketika pendaftaran adalah RM2000. haha terkejut taw sebab tyme amik diploma kat UiTM dulu, yuran just RM400 je.. tapi Alhamduluillah, segalanya berjalan dengan lancar :)




Syukur, happy study kat sini..dapat kawan baru..yg paling happy sebab aku dapat drop 13 subjek! total pengecualian kredit adalah 31 jam kredit..hee semua org jeles ngn Nia cepat! so aku plan nak buat Degree 3 tahun & sambung Master setahun.. Semoga segala urusanku dipermudahkan oleh Nya.,.Amin..




Sunday, 30 September 2012

my opinion

‎~✿..Pada saya, biar dia SALAH SANGKA..
biar dia salah anggap, biar dia salah menduga..
biar dia tahu yang buruk, sebelum MENGHARAP yang baik-baik..

Jika dia IKHLAS, dia akan sedia MENERIMA kekurangan yang ada..
dari hanya mengharap yang baik dan sempurna..
apa guna menghabiskan MASA menunjukkan kebaikkan, 
bila dia tidak boleh menerima kelemahan dan kekurangan?

Biar dia tahu saya tidak pandai itu, saya tidak pandai ini..
biar dia tahu, saya mungkin tidak dapat memenuhi expectation dia yang tinggi melangit itu..
biar dia tahu, saya pernah punya MASA LALU..namun saya masih punya MASA HADAPAN..
biar dia tahu, biar dia buat keputusan supaya dia tidak rasa TERTIPU, supaya dia tidak menyesal kelak..
dan saya dengan keputusan saya✿~

Monday, 13 August 2012

Ramadhan al-mubarak

'ku mengharapkan Ramadhan kali ini penuh makna..agar dapat ku lalui dengan sempurna..'




Alhamdulillah, aku memanjatkan kesyukuran kerana masih lagi berkesempatan menemui Ramadhan pada tahun ini. lebih-lebih lagi dapat menyambutnya dengan keluarga tercinta merupakan nikmat yang tak ternilai..Hari ini dah masuk malam 10 terakhir Ramadhan..semua umat Islam pasti terkejar-kejar mahu mencari rahmat malam Lailatul Qadar..semoga kita semua berkesempatan untuk menemui malam yang penuh istimewa ini..




Sepanjang bulan Ramadhan ini, aku masih lagi menjadi baby sitter..si kembar dah semakin membesar dan semakin lincah.penat betul nak jaga..tapi, mereka berdua inilah yang memeriahkan suasana rumahku pada setiap hari..

tengok tu,dah pandai naik turun walkie sendiri.hehe

Selain menjadi baby sitter, aku juga rajin tolong akak aku buat kuih raya. berbisness kecil-kecilan.. Antaranya ialah biskut Almond London, biskut Chocolate Chip, biskut Chocolate Rose, Cornflakes Madu dan Cornflakes Coklat.. Semuanya dijual dengan harga yang sangat murah. Alhamdulillah, banyak tempahan nampaknya. Lenguh-lenguh badan aku buat kuih raya..hehe

Almond London : RM19 (55pcs)

Chocolate Chip Cookies : RM17 (55pcs)

Chocolate Rose

Cornflakes Coklat : RM12 (42pcs)

Cornflakes Madu : RM12 (42pcs)

Selamat Menyambut Bulan Ramadhan Al-Mubarak. Semoga kita semua dilimpahkan rahmat di bulan yang mulia ini..jumpa lagi di entry yang akan datang. Salam Ramadhan :)

-NIA-

Monday, 16 July 2012

degree oh degree

13 Julai 2012, keputusan permohonan UPU untuk menyambung pengajian ke peringkat Ijazah telah pun diumumkan..so dengan rasa excited dan berdebar-debar, aku pun menyemak keputusan permohonan UPU tersebut.

 jeng jeng jeng!!




Dukacita dimaklumkan bahawa anda TIDAK BERJAYA dalam permohonan ke IPTA bagi sesi akademik 2012/2013. 

phew..tu dia...

perasaan = HAMPA
 perasaan = KECEWA
    perasaan = NAK NANGIS!




Tapi dalam kekecewaan itu, aku redha dan bersyukur..mungkin ada hikmah disebalik yang berlaku..rakan-rakan sekeliling ada yang berjaya, ada juga yang senasib dengan aku..takpe syg, this is not the end our journey. move on!!

So aku pula berpaling kepada keputusan penerapan UiTM peringkat Ijazah. lagi 2 hari result akan diumumkan..aku dah tak berharap sangat..sebab aku tahu, peluang aku amat tipis sebab persaingan amat sengit..aku hanya mampu berdoa & tawakal kepada Nya..

16 Julai 2012, hari yang dinantikan telah pun tiba..

jong jong jong!! 

Keputusan permohonan : 

Harap Maaf Permohonan Anda TIDAK BERJAYA

Bagi calon yang tidak berjaya, rayuan boleh dibuat bermula 16 Julai hingga 22 Julai 2012.

haaaa agak dah..mak!!nurul tak dapat sambung degree!!huuu sedih nya..punah segala harapan..nak sangat sambung degree..sebab aku nak belajar betul-betul, nak tebus balik kesilapan aku tyme diploma dulu..huhu tak apalah..nak buat macam mana..belum ada rezeki untuk kali ini..rayuan sudah dibuat, kalau tak dapat pun tak apalah, cuba mohon lagi tahun depan.. :')




Ramai gila membe-membe aku yang tak dapat sambung program penerapan ni, even result diorang gempak-gempak. hari tu lecturer cakap syarat kelayakan, cgpa 3.2 ke atas dah boleh sambung. tapi sekarang, hanya yang CGPA 3.4 ke atas sahaja yang berjaya melanjutkan pelajaran ke peringkat Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Awam. dah hot sangat course ni, dunia makin maju..semua orang berkejar-kejar..mana yang tertinggal tu memang ketinggalan lah..huhu

So plan aku lepas ni nak tunggu keputusan rayuan..kalau tak dapat, aku kerja dulu..cari jelah kerja mana-mana, cari pengalaman..

Semoga dimurahkan rezeki & semoga segala urusanku dipermudahkan oleh Nya. Amin..