Monday, 16 July 2012

degree oh degree

13 Julai 2012, keputusan permohonan UPU untuk menyambung pengajian ke peringkat Ijazah telah pun diumumkan..so dengan rasa excited dan berdebar-debar, aku pun menyemak keputusan permohonan UPU tersebut.

 jeng jeng jeng!!




Dukacita dimaklumkan bahawa anda TIDAK BERJAYA dalam permohonan ke IPTA bagi sesi akademik 2012/2013. 

phew..tu dia...

perasaan = HAMPA
 perasaan = KECEWA
    perasaan = NAK NANGIS!




Tapi dalam kekecewaan itu, aku redha dan bersyukur..mungkin ada hikmah disebalik yang berlaku..rakan-rakan sekeliling ada yang berjaya, ada juga yang senasib dengan aku..takpe syg, this is not the end our journey. move on!!

So aku pula berpaling kepada keputusan penerapan UiTM peringkat Ijazah. lagi 2 hari result akan diumumkan..aku dah tak berharap sangat..sebab aku tahu, peluang aku amat tipis sebab persaingan amat sengit..aku hanya mampu berdoa & tawakal kepada Nya..

16 Julai 2012, hari yang dinantikan telah pun tiba..

jong jong jong!! 

Keputusan permohonan : 

Harap Maaf Permohonan Anda TIDAK BERJAYA

Bagi calon yang tidak berjaya, rayuan boleh dibuat bermula 16 Julai hingga 22 Julai 2012.

haaaa agak dah..mak!!nurul tak dapat sambung degree!!huuu sedih nya..punah segala harapan..nak sangat sambung degree..sebab aku nak belajar betul-betul, nak tebus balik kesilapan aku tyme diploma dulu..huhu tak apalah..nak buat macam mana..belum ada rezeki untuk kali ini..rayuan sudah dibuat, kalau tak dapat pun tak apalah, cuba mohon lagi tahun depan.. :')




Ramai gila membe-membe aku yang tak dapat sambung program penerapan ni, even result diorang gempak-gempak. hari tu lecturer cakap syarat kelayakan, cgpa 3.2 ke atas dah boleh sambung. tapi sekarang, hanya yang CGPA 3.4 ke atas sahaja yang berjaya melanjutkan pelajaran ke peringkat Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Awam. dah hot sangat course ni, dunia makin maju..semua orang berkejar-kejar..mana yang tertinggal tu memang ketinggalan lah..huhu

So plan aku lepas ni nak tunggu keputusan rayuan..kalau tak dapat, aku kerja dulu..cari jelah kerja mana-mana, cari pengalaman..

Semoga dimurahkan rezeki & semoga segala urusanku dipermudahkan oleh Nya. Amin.. 



Tuesday, 3 July 2012

birthday boy



Have a date with him. dah seminggu birthday, baru nak sambut hari nie.haha.. sangat seronok, teman si dia beli spec baru, makan pizza, tengok wayang & jalan-jalan. tak dapat spent more sebab hari pun dah nak hujan.

As a gift from me, aku kasi dia aku satu set perfume, jersi bola, ole-ole dari Kelantan, buku nota yg memuatkan kisah kami dan kek chocolate moist. kek ni aku buat sendiri taw! si dia cakap 'sedap!'. hihi. love this moment. :P


belajar buat kek choc moist.nyum2



Sunday, 1 July 2012

1 year 3 month


hari-hari berlalu 
terlalu banyak memori di situ.
teruskan berjalan
jangan mudah melatah sayang..

segala yang berlaku ada hikmahnya
semoga bukan takat ini saja
kekuatan yang diberikan kepada kita
untuk menempuh hari-hari mendatang..

aku sentiasa berdoa yang terbaik
untuk perhubungan ini..